Bagi menyambung pengajian ke peringkat institusi pengajian tinggi, ianya memerlukan perbelanjaan yang banyak di mana menjadi kerungsingan ibu bapa pada zaman sekarang. Namun, ibu bapa tidak perlu risau lagi memandangkan setiap negeri ada mempunyai bantuan pembelajaran bagi ke peringkat institusi yang lebih tinggi.
Bagi Anak kelahiran Melaka yang melanjutkan pengajian di IPT Kerajaan Negeri Melaka (MiCoST) yang mana ia milikan penuh Kerajaan Negeri Melaka, mereka akan menerima bantuan one-off sebanyak RM1000 daripada Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM).
Bagi negeri-negeri lain juga ada menyediakan bantuan sebegini tetapi dengan jumlah yang berbeza bergantung kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan setiap negeri. Di bawah merupakan senarai tempat yang boleh dimohon oleh pelajar-pelajar mengikut tempat kelahiran mereka. Ini merupakan bantuan biasiswa pembelajaran untuk pelajar-pelajar setiap negeri yang boleh dipohon bagi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di IPTA dan IPTS.
JOHOR - Majlis Agama Islam Johor
KEDAH - Lembaga Zakat Kedah
KELANTAN - Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
NEGERI SEMBILAN - Kerajaan Negeri Sembilan
PAHANG - Majlis Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)
PERAK - Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak
PERLIS - Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perlis
PULAU PINANG - Bantuan Permulaan ke IPT Zakat Pulau Pinang
SABAH - Yayasan Sabah
SARAWAK - Yayasan Sarawak
SELANGOR - Yayasan Selangor / Lembaga Zakat Selangor / Kerajaan Negeri Selangor
TERENGGANU - Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP Baitulmal)
Dengan bantuan yang disediakan ini, diharapkan dapat membantu meringankan beban ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka dapat meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Semoga maklumat ini dapat membantu ibu bapa dalam membuat persediaan awal untuk anak-anak mereka bersemangat bagi melanjutkan pengajian hingga ke menara gading.